Showing posts with label Celebration. Show all posts
Showing posts with label Celebration. Show all posts

Friday, 12 October 2007

Selamat Hari Raya Aidil Fitri.. Maaf Zahir dan Batin

(From Left: Me, Intan, Azib and Along)




Dalam Kerendahan Hati
Ada Ketinggian Budi
Dalam Kemiskinan Harta
Ada Kekayaan Jiwa
Dalam Kelembutan Lidah
Ada Ketelanjuran Kata
Dalam Gurau Senda
Ada Khilaf Dan Dosa
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri
Semoga Kita Semua Di Rahmati
Oleh Allah SWT Di Sepanjang Masa.......

Kepada semua ahli-ahli keluarga ku yang tercinta yang berada di Brunei Darussalam pada ketika ini, diucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin. Minta ampun dan minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki diatas segala kesilapan dan kesalahan yang tidak disenghajakan sepanjang tahun ini. Tahun 2007 ini, untuk kali keduanya menyambut Hari Raya di luar negeri sorang diri tanpa ahli-ahli keluarga yang tercinta iaitu Along dan anak-anak (Azib & Intan).
Ucapan ini tidak lupa juga ditujukan kepada semua sahabat handai yang berada di RIPAS Hospital dan juga dimana-mana sahaja mereka berada.