Tuesday, 14 August 2007

Kian....

Kian Jauh, kian hilang
Kasih antara kita
Nampak tenang pada zahirnya
Tapi batin terseksa
Yang terguris tak nampak dimata
Yang terhiris terluka
Sesekali terbit airmata
Tahan sebak didada...

Kemanakah nak dibawa
Resah kian melanda
Dimanakah hendak ku khabar
Pilu didalam dada
Bila kasih dihujung nya nyawa
Rasa ingin dimanja
Perasaan pun kian tersentuh
Bila rindu ini berlabuh....

Apa kah yang dikejar dalam hidupmu
Berkali ku kata pada mu
Kita singgah didunia yg sementara
Penuh tipu daya
Yang kekal disana,
Biarlah kita bersama
Usahlah hanyut
Terus terlena
Kerana dunia...

Pada aku
Masih ada kasih belum terhakis
Sebenarnya sudah lama
Ku sungguh berkecil hati...

No comments: